Monday, February 1, 2010

Sila baca...

URL artikel - http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/2002/lai.PDF

INTEGRASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

Kertas ini mencadangkan satu templat dan sumber teknologi yang sesuai untuk penyediaan
bahan pengajaran pembelajaran matematik berasaskan web. Sampel bahan pengajaran
pembelajaran adalah berasaskan topik Pelan dan Dongkan bagi matematik KBSM Tingkatan
5. Bahan-bahan resos yang disediakan telah mengoptimumkan lima mod penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi iaitu mod sokongan, mod tutorial, mod resos, mod
perhubungan serta mod penemuan dan kawalan. Pelbagai aktiviti yang dicadangkan adalah
berasaskan pendekatan / kaedah pengajaran pembelajaran seperti konstruktivisme, inkuiri
penemuan dan kaedah kolaboratif yang memusatkan pelajar dengan guru berperanan sebagai
fasilitator. Aktiviti-aktiviti ini dapat memenuhi pelajar yang berbeza dari segi minat,
kebolehan, pelbagai kecerdasan dan gaya pembelajaran. Teknologi maklumat dan
kommunikasi juga diaplikasikan dalam pembentukan penilaian formatif dan sumatif yang
interaktif dan pencapaian pelajar disimpan dalam pangkalan data. Data ini dapat diakses
oleh guru dengan serta merta untuk membolehkan tindakan susulan yang berikutnya diambil
supaya dapat membantu pelajar menguasai konsep dan kemahiran matematik.

4 comments:

  1. Assalamualaikum.

    Artikel ini telah memberi banyak input kepada saya tentang kaedah penggunaan ICT dalam pengajaran Matematik. Sebagai guru Matematik tingkatan 5, saya boleh menggunakan panduan yang diberikan oleh penulis untuk menjadikan pembelajaran Matematik lebih menarik dan berkesan dalam proses P&P di sekolah. Tetapi artikel ini tidak menyediakan contoh penggunaan program bagi menyediakan modul pengajaran.
    Terima kasih Mas, kerana telah menyediakan artikel ini untuk tatapan pembaca. Semoga memberi manfaat kepada guru-guru yang memerlukan.

    ReplyDelete
  2. pada pendapat saya, artikel ini amat sesuai dalam konteks P&P sekarang. tanpa kesedaran ict, guru-guru akan ketinggalan dan menyebabkan pelajar lebih menguasai ict berbanding guru.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...
    Mastura,
    Artikel ini banyak memberi manfaat kepada para pembaca, guru matematik khususnya..Panduan yang diberikan banyak memberi input dalam menjadikan P&P menarik dan berkesan..Tq..

    ReplyDelete
  4. Kemajuan teknologi maklumat menyebabkan memungkinkan P&P dan pengurusan guru matapelajaran dalam bilik darjah semakin mencabar. Pengurusan kemahiran IT dan isi kandungan dapat memberi kefahaman yang singkat kepada pelajar dan ini memudahkan proses prngajaran berlaku .
    Pada keseluruhannya saya amat tertarik dengan artikel ini , dan berharap dapat mengaplikasi dapatan dalam subjek bahasa arab dan agama.

    ReplyDelete